Membina Masa Hadapan

Kebajikan Warga Emas.
Jaringan Keselamatan Ekonomi Belia.
Masa Depan Pelajar & Generasi Sekolah.

KAPTEN MOHD AZRI RAHAMAT
 
Anak Felda Kepis. Strategist Maritim. Reformis Luar Bandar.
 
Kapten Mohd Azri Rahamat ialah anak kampung Felda Kepis, DUN Senaling, Kuala Pilah — generasi yang membesar dalam dunia ladang getah, gotong-royong, dan disiplin kerja keras para peneroka.
 
Selepas puluhan tahun membina kerjaya dalam industri maritim antarabangsa sebagai Master Mariner Class 1, CEO Kumpulan OMT, dan Pengarah Jasa Merin Ship Management, beliau kembali ke kampung halaman dengan satu tekad:
 
Menaikkan maruah dan masa depan Felda Kepis, DUN Senaling dan Kuala Pilah.
 
 
Kepakaran Maritim Antarabangsa
 
Berbekalkan pengalaman command shipboard serta perkhidmatan di MISC Berhad dan ExxonMobil, Kapten Azri terlibat secara langsung dalam beberapa krisis maritim besar dunia, antaranya:
•tebusan kapal Malaysia di perairan Afrika,
•letupan kapal di Vietnam,
•perlanggaran kapal di Taiwan dan India,
•rusuhan kapal di Belgium dan Panama,
•serta kes tumpahan minyak di Iran dan Amerika Syarikat.
 
Gabungan pengalaman ini membentuk Kapten Azri sebagai seorang pemimpin krisis, pengurus risiko bertaraf global, dan pembuat keputusan yang tenang di bawah tekanan — keupayaan yang amat jarang dimiliki oleh pemimpin luar bandar.
 
 
Komitmen Kepada Felda Kepis & DUN Senaling
 
Kapten Azri percaya bahawa anak luar bandar berhak mendapat akses, peluang, dan masa depan yang sama seperti anak-anak di bandar.
 
Melalui platform OMT dan inisiatif komuniti, beliau memfokuskan tiga agenda teras:
 
1. Kebajikan Warga Emas
 
Kerana merekalah generasi yang mengangkat Felda dari tanah kosong menjadi sebuah komuniti yang berjaya dan dihormati.
 
2. Jaringan Keselamatan Ekonomi Belia
 
Pelbagai usaha dirangka — latihan industri, peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, keusahawanan, serta pengukuhan sukan komuniti.
 
3. Masa Depan Pelajar & Generasi Sekolah
 
Memberi inspirasi melalui program sukan, pendidikan, core memories zaman sekolah, serta bimbingan aspirasi masa hadapan.
 
 
Prinsip Kapten Azri
 
**“Saya mengejar masa. Hampir 60% generasi asal Felda sudah pergi, dan yang tinggal kini ramai yang uzur.
 
Mereka pasti ingin melihat hasil perjuangan mereka — melihat kampung ini membangun, maju dan dihargai serta kebangkitan pemimpin setempat.”**
 
Dengan kesedaran inilah,
Kapten Azri memilih untuk pulang ke kampung, membina semula dari akar, dan membawa ilmu dunia untuk memajukan bumi yang dipijak, langit yang dijunjung. Untuk makluman, sejak DUN Senaling ditubuhkan pada tahun 1995, belum pernah anak lokal pengundi DUN Senaling dinobatkan sebagai calon pemimpin hingga hari ini.
 
 
Kepimpinan Kapten Azri
 
Gabungan pengalaman global dan jiwa kampung menjadikan Kapten Azri sebagai:
 
✔ pemimpin generasi baru,
✔ reformis tradisionalis (pembaharuan tanpa hilang akar budaya),
✔ strategist luar bandar,
✔ pemimpin untuk warga emas, belia, dan pelajar.

Kebajikan Warga Emas

Tajaan Umrah Warga Emas & Penggali Kubur

Tajaan umrah warga emas & penggali kubur

Menghantar warga emas yang kurang berupaya menunaikan ibadah ke Tanah Suci Makkah.

Program Ziarah Kasih

Program Ziarah Kasih

Menziarahi warga emas di Felda Kepis, memupuk kasih sayang, tanggungjawab keluarga, dan semangat kejiranan.

Sokongan Peralatan Perubatan & Penjagaan Kesihatan di Rumah

Sokongan peralatan perubatan & penjagaan kesihatan di rumah

Menyediakan peralatan perubatan dan bantuan penjagaan rumah, dan pengurusan kesakitan untuk penjagaan warga emas.

ALP merangkap bendahari bagi Hospital Kuala Pilah (HTAN)

ALP merangkap bendahari bagi Hospital Kuala Pilah (HTAN)

Jawatan sebagai ALP HTAN memberikan Kapten Azri pengalaman dan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh doktor dan pengurusan hospital dalam menangani isu-isu kesihatan masyarakat dan beliau juga menjadi jambatan dalam memudahkan urusan masyarakat kampung jika ada keperluan penting berkenaan hospital. 

Penasihat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Kuala Pilah

Penasihat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Kuala Pilah

PV ATM Kuala Pilah adalah antara persatuan yang tertua dan berakar di Negeri Sembilan dengan lebih 900 anggota veteran aktif. Sebagai penasihat, Kapten Azri diberi peluang untuk lebih memahami keperluan veteran warga emas sambil mengekalkan semangat perjuangan dan pengorbanan mereka. Marilah generasi muda #KualaPilah bersama memelihara simbol kekuatan negara dan menghargai jasa veteran kita.

Jaringan Keselamatan Ekonomi

Pembukaan ladang-ladang ternakan.

Pembukaan ladang-ladang ternakan

Program ini menyaksikan pembukaan ladang ternakan baru di Felda Kepis untuk meningkatkan peluang ekonomi dan menyediakan sumber pendapatan tambahan bagi komuniti tempatan.

Program Pembangunan Ekonomi Setempat

Program Pembangunan Ekonomi Setempat

Pelbagai bantuan perniagaan diberikan kepada masyarakat terutama ibu tunggal bertujuan memperkukuh ekonomi keluarga dan menyokong pembangunan komuniti yang berterusan serta membina jaringan keselamatan ekonomi keluarga demi pembesaran positif anak-anak mereka.

Pembangunan Masa Depan Anak Muda & Pelajar

Penubuhan kelab bola sepak akar umbi (COBAO FC)

Penubuhan kelab bola sepak akar umbi (COBAO FC)

COBAO F.C. adalah satu-satunya kelab bola sepak akar umbi Kuala Pilah. Ditubuhkan untuk memberi peluang generasi muda Felda Kepis dan Kuala Pilah menjadi juara di padang dan dalam kehidupan. Melalui COBAO FC, anak-anak muda diberikan penghargaan, keyakinan dan motivasi untuk meneruskan pencapaian serta menjadi harapan bangsa. COBAO FC kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melalui bakat-bakat lokal tempatan anak kampung Felda Kepis, DUN Senaling.

Seminar industri seperti MOSVA, IKMAL dan lain-lain

Seminar industri seperti MOSVA, IKMAL dan lain-lain

Adik-adik generasi muda Felda Kepis dan Kuala Pilah diberi peluang untuk meneroka impian dan mewarnai mimpi dalam industri terutama industri Maritim dan Oil & Gas. OMT membawa mereka dari kampung untuk menghadiri seminar-seminar antarabangsa dan nasional demi memberikan kenangan indah zaman kanak-kanak sebagai memori teras untuk mereka berazam mengejar kejayaan demi membahagiakan ibu bapa dan menaikkan taraf keluarga.

Penaja utama bagi pelbagai aktiviti dan sukan luar bandar Kuala Pilah

Penaja utama bagi pelbagai aktiviti dan sukan luar bandar Kuala Pilah

Antara aktiviti utama Kapten Azri:
1) Sambutan Hari Merdeka besar-besaran di kampung
2) Pembangunan kulinari sebagai sektor utama masa hadapan di DUN Senaling Barat
3) Pelancongan sukan di kawasan DUN Senaling Timur 
4) Pelbagai sumbangan untuk sekolah luar bandar Kuala Pilah bagi tujuan keceriaan guru dan aktiviti pembangunan pelajar.

Memacu Kemajuan & Kebajikan Komuniti

Kapten Mohd Azri Rahamat bukan sahaja memimpin OMT tetapi juga memacu pembangunan akar umbi melalui kebajikan warga emas, peluang ekonomi, dan masa depan anak muda. Komitmen beliau membawa impak yang berterusan dan holistik kepada masyarakat Senaling.

Kepada semua pelanggan kami,

Kami merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda. Pelaburan dan keyakinan anda terhadap kami telah membolehkan OMT berkembang daripada sebuah syarikat kecil menjadi salah satu organisasi maritim terkemuka di Malaysia.

Peluang yang telah anda berikan mendorong komitmen kami untuk terus membangunkan industri serta memupuk individu yang akan membentuk masa depan negara kita. Terima kasih kerana menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kami.